Nota Editor: Artikel ini dipetik dari channel telegram Usrah Solat & Soal Jawab Ugama
Assalamualaikum
Ustazah, saya nak tanya apa hukum guna duit raya anak-anak untuk keperluan harian dan perbelanjaan anak-anak sekolah
Waalaikumussalam
Jawapan:
Keperluan harian dan perbelanjaan anak-anak sekolah adalah nafkah yang wajib ditanggung oleh ibubapa.
Haram dan berdosa menggunakan duit raya anak-anak untuk berbelanja bagi hal-hal yang bersangkutan dengan nafkah anak dan keluarga kerana ia adalah kewajipan ibu bapa.
Harus menggunakan duit raya anak ke arah perkara-perkara yang memberi kebajikan dan manfaat kepadanya seperti membelikan beg , kasut, buku latihan dan yang seumpamanya.
Jawapan ️Oleh Ustazah Asmahan
Ada dalil tak ye..kalau boleh, sertakan sekali untuk menguatkan hujjah
ReplyDelete