Bolehkah Murid Memiliki Lebih Dari Seorang Guru?

Nota Editor: Artikel ini dipetik daripada Channel Kalam Ulama'





Di antara perilaku yang harus dilakukan seorang murid, hendaklah mengambil dan menjadikan seorang guru. Maka ia tidak diperkenankan sama sekali menjadikan dua orang guru kerana tarekat kaum sufi dibangunkan atas dasar tauhid yang murni.

Syeikh Muhyiddin Ibnu 'Arabi r.a dalam Futuhat Al-Makkiyah pada bab yang ke-181 mengatakan bahawa : "Perlu anda ketahui bahawa seorang murid hanya diperkenankan menjadikan seorang guru. Sebab hal itu lebih menolongnya dalam menempuh tarekat. Kami tidak pernah melihat seorang murid pun yang berjaya dalam menempuh tarekat di bawah bimbingan dua orang guru tarekat. Sebagaimana di alam ini tidak ada dia tuhan, tidak ada seorang mukallaf yang hidup di antara dua rasul dan tidak ada seorang perempuan yang menjadi isteri kepada dua orang suami, maka demikianlah pula seorang murid tidak boleh mengambil dua orang guru".

Syeikh Abu Yazid Al-Bustami berkata : "Barangsiapa tidak memiliki seorang guru maka ia menyekutukan dalam tarekat. Sedangkan orang yang menyekutukan dalam tarekat, gurunya adalah syaitan".

Beliau berkata lagi : "Sungguh aku telah mengambil tarekatku ini dari guruku seorang demi seorang".

Cukup jelas bahawa para salafus soleh dari generasi Sahabat, tabi'en dan tabi' tabi'en tidak mengikatkan diri dengan seorang guru tertentu tetapi ada yang memiliki seratus orang guru. Hal ini kerana mereka adalah orang-orang yang bersih dari kotoran dan kebodohan nafsu sehingga mereka dianggap orang yang sempurna sehingga tidak memerlukan kepada orang yang membimbing perjalanannya.

Tapi ketika 'wabak penyakit' ini semakin banyak dan hati-hati manusia perlu untuk disembuhkan, maka ulama-ulama tarekat memerintah para murid untuk mengikatkan diri dengan seorang guru agar keadaan spiritual murid tidak kacau dan perjalanan yang ditempuhnya tidak terlalu panjang. Wallahu a'lam.

Sumber: Channel Telegram Kalam Ulama'

Comments