Nota Editor: Artikel ini dipetik daripada Channel Telegram Daie Untuk Semua
Diriwayatkan oleh Anas r.a, Nabi SAW berdoa;
Maksudnya: " Wahai Tuhan yang hidup, wahai Tuhan yang berdiri dengan sendiri dan menguasai,kepada Engkaulah aku memohon pertolongan."
~ Riwayat al-Tirmizi no3524 ~
Sesiapa yang mengalami banyak kerungsingan maka banyakkanlah membaca:
Maksudnya; "Tidak ada upaya dan tidak ada kekuatan melainkan dengan kekuasaan Allah."
~Riwayat Ahmad no.19760~
Khusus Dibaca Selepas Solat
Maksudnya; "Aku bertawakal kepada Tuhan Yang Maha Hidup yang tidak akan mati. Segala puji adalah bagi Allah yang tidak mempunyai anak dan tidak mempunyai sekutu dalam kerajaan- Nya dan tidak mempunyai penolong (untuk menjaganya)daripada kehinaan dan agungkanlah Dia dengan pengagungan yang sebesar-besarnya."
Selain itu, Ibn al-Sunni meriwayatkan dalam kitabnya berdasarkan Abu Qatadah r.a bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yg membaca ayat al-Kursi dan dua ayat akhir surah al-Baqarah sewaktu ia mengalami kesusahan nescaya Allah Taala akan menolongnya."
Wallahu a'lam
Sumber: Channel Telegram Daie Untuk Semua

Comments
Post a Comment