Posisi Sujud Yang Sebenar

Nota Editor: Artikel dipetik daripada Channel Telegram Usrah Tarbiah Jiwa






Melibatkan 7 anggota tubuh
     ------------------

Dari Abbas b. Abdul Muthalib r.a bahawasanya dia mendengar Rasulullah saw bersabda:

"Apabila seorang hamba bersujud, sujudlah bersamanya 7 anggota tubuh, yakni:
. Muka
. 2 tapak tangan
. 2 lutut
. 2 telapak kaki"

HR MUSLIM

Dahulukan kedua tangan atau lutut ketika sujud
-----------------------------------

"Apabila seseorang di antara kamu bersujud, janganlah turun seperti turunnya UNTA
Tetapi hendaklah dia meletakkan kedua tangannya sebelum kedua lututnya"

HR. ABU DAUD

Menekan wajah & kedua tangan ke tempat sujud
--------------------------------------

"Apabila engkau sujud, tekanlah wajahmu & kedua tanganmu ke tanah
Sehingga
Setiap ruas tulangmu kembali ke tempatnya"

HR. IBNU KHUZAIMAH

Menjauhkan lengan dari lambung
       --------------------------

"Janganlah kamu membentangkan kedua lenganmu (seperti binatang buas).
Tetapi hendaklah kamu tegakkan lenganmu & jauhkan dari lambungmu kerana jika kamu berbuat demikian, setiap anggota badanmu turut SUJUD bersamamu"

HR . IBNU KHUZAIMAH

Mengangkat siku
     ----------------------------

"Apabila kamu sujud, letakkan kedua telapak tanganmu dan angkatlah kedua siku lenganmu"

HR MUSLIM&ABU AWANAH

Sujud dengan toma'ninah
      ------------------------------

Sujud dengan tuma'ninah atau khusyuk dan tidak tergesa gesa merupakan kesempurnaan dan akan membawa manfaat yang lebih baik daripada tergesa-gesa,

Sumber: Channel Telegram Usrah Tarbiah Jiwa

Comments