Kisah Gadis 20 Tahun Menyesal Berkahwin Dengan Ustaz

Seorang gadis umur 20 tahun hendak bernikah tapi dia tak mahu bercouple, tambahan dia mahukan seorang suami yang 'ultra warak'. Jadi, dia pun buat hebahan yang dia sudi menerima sesiapa sahaja yang ingin menikahinya dengan syarat-syarat:

1) Lelaki tu kena puasa sepanjang tahun

2) Lelaki itu kena khatam al-Quran setiap hari

3) Lelaki itu kena beribadah sepanjang malam setiap hari.

Tak ada seorang pun lelaki yang sanggup nak terima ketiga-tiga syarat itu kecuali seorang jejaka yang sederhana perwatakan dan penampilannya.

Maka bernikah si gadis itu dengan lelaki tersebut.

Sepanjang tempoh perkahwinan mereka, perempuan itu perhatikan suaminya.

"Eh, tak puasa pulak laki aku hari ni, macam mana nak puasa setahun?"

"Err aku tak nampak pun dia baca Quran hari ni."

"Tak nampak pun laki aku bangun malam pagi ni. Dia tak solat malam ke?"

Selepas sebulan akhirnya perempuan tu tak tahan dah. Dia anggap suami tu menipu dia. Dia pun memohon cerai kat mahkamah sambil menyatakan alasan 'Ditipu Oleh Suaminya'

"Masa nak nikah dulu dia setuju syarat-syarat yang saya letak. Dah kawin langsung tidak tunaikan. Penipu!" Rungut si isteri pada Hakim Mahkamah.

Hakim pun tanya kepada jejaka tu, "Kamu ingat apa syarat-syarat nikah yang isteri kamu letakkan?"

"Ingat, yang arif. Puasa sepanjang tahun, solat malam non stop setiap hari, khatam Quran setiap hari", jawab jejaka muda dengan nada lembut.

Hakim mahkamah bertanya lagi. "Habis tu kamu tak buat?"

Si suami tu selamba jawab, "Buat!"

Hakim menjerkah, "Isteri kamu kata kamu tak buat. Macam mana ni?"

Si suami itu tak mahu mengalah. "Sungguh saya buat yang arif. Takkan saya nak tulis report card nak bagi tahu saya buat apa hari ni? Nanti riak pula".

Hakim tidak puas hati, "Baik. Hari ini kamu puasa tak?"

"Tak", jawab Si suami lalu Hakim terus potong ayat, "Hah! Kamu tidak puasa hari ni, habis macam mana kamu kata kamu puasa sepanjang tahun?"

Pemuda itu selamba menjawab,

"Nabi Muhammad {s.a.w} Rasulullah telah bersabda sekiranya seorang itu menunaikan puasa Ramadhan sebulan dan kemudiannya menyambung dengan puasa sunat syawal 6 hari, maka ganjaran seolah sama juga dia telah berpuasa sepanjang tahun. Saya puasa Ramadhan dan puasa 6 setiap tahun, jadi saya berpuasa sepanjang tahun."

Hakim mahkamah itu tersentak. "Habis tu macam mana kamu khatam Al-Quran setiap hari. Saya nak baca 3 muka surat sehari pun susah nak cari masa."

Si suami itu terus menjawab, "Saya baca Surah Al-Ikhlas 3 kali setiap kali saya sebelum tidur.
Rasulullah Nabi Muhammad {s.a.w} bersabda sesiapa yg membaca surah Al-Ikhlas 3 kali maka seolah-olah sama juga dia telah membaca keseluruhan Al-Quran." sambil buat senyuman lebar kepada hakim mahkamah.

Hakim itu makin tergamam kemudian menyoal, "Solat malam pula, bagaimana kamu buat?"

Si suami itu sekali lagi senyum, "Saya solat Isyak dan solat Subuh berjemaah. Nabi Muhammad {s.a.w} Rasulullah bersabda, Sesiapa yang berjemaah pada waktu Isyak dan Subuh maka seolah-olah dia telah beribadah sepanjang malam", dia terus menyambung, "Islam itu indah dan mudah hanya untuk penganut yang menggunakan akal ikhlas mencari redha Allah!.

Tetapi kita selalu mengukur kewarakan dan kealiman seseorang itu berdasarkan banyaknya amalan seseorang itu yang dizahirkan sedangkan Allah mementingkan kualiti berbanding kuantiti.

Kita cuma diberikan Allah 24 jam sehari semalam, maka pandai-pandailah kita bahagikan masa selaku manusia yang menghidupkan dunia serta mencari akhirat. Bukankah mencapai kejayaan di dunia juga merupakan ibadah, dan apa gunanya jika melakukan ibadah tanpa istiqamah, semua itu hanya sia-sia!", si suami yang dituduh menipu oleh isterinya itu meluahkan buah fikiran berhujah berdasarkan fakta Islam yang sahih.

Hakim terangguk-angguk lalu memerintahkan si isteri bangun lalu bersuara, "Awak sebenarnya beruntung sangat. Awak telah dinikahi oleh seorang lelaki yang bukan sahaja amat warak tetapi amat berilmu. Dengan ini saya isytiharkan kes ini dibatalkan dan tertuduh dilepaskan kerana didapati tidak bersalah kepada semua tuduhan. Perbicaraan selesai!"

Si suami tersenyum puas.

*3 amalan itu bukan hanya dikhususkan kepada lelaki, perempuan juga boleh mendapatkan ganjaran besar hanya perlu ikhlas beramal hanya kerana Allah!

Ustaz


Comments