4 Kesilapan Biasa Ketika Menghadiri Solat Jumaat

1- Bercakap ketika khatib berkhutbah.

Abu Hurairah Radiallahu ‘anhu menyatakan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

إِذَا قُلْتَ لِصَاحِبِكَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَنْصِتْ وَالْإِمَامُ يَخْطُبُ فَقَدْ لَغَوْتَ “

Apabila seseorang daripada kalian berkata kepada sahabatnya ‘DIAM’ pada hari Jumaat, sedangkan imam sedang berkhutbah. Sesungguhnya engkau telah melakukan perbuatan yang sia-sia
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Jumu'ah, hadis no: 934]

2- Melakukan perkara lain ketika khatib berkhutbah seperti bermain telefon dan sebagainya

Abu Hurairah Radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ تَوَضَّأَ فَأَحْسَنَ الْوُضُوءَ ، ثُمَّ أَتَى الْجُمُعَةَ فَاسْتَمَعَ وَأَنْصَتَ ، غُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْجُمُعَةِ ، وَزِيَادَةُ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ ، وَمَنْ مَسَّ الْحَصَى فَقَدْ لَغَا

Sesiapa yang berwudhu dan membaguskan wudhunya, kemudian mendatani solat Jumaat lalu dia mendengar (khutbah) dan diam. Diampunkan untuknya apa yang ada antara hari itu dan Jumaat yang akan datang, dan ditambah tiga hari. Sesiapa yang menyentuh/bermain-main dengan batu kerikil (ketika khutbah) sesungguhnya dia melakukan hal yang sia-sia
[Sahih Muslim, Kitab al-Jumu'ah, hadis no: 857].

3- Melintas di hadapan orang yang sedang solat sunat.

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

لَوْ يَعْلَمُ الْمَارُّ بَيْنَ يَدَيِ الْمُصَلِّي مَاذَا عَلَيْهِ ، لَكَانَ أَنْ يَقِفَ أَرْبَعِينَ خَيْرًا لَهُ مِنْ أَنْ يَمُرَّ بَيْنَ يَدَيْهِ

Seandainya orang yang lalu di hadapan orang solat tahu apakah (dosa) yang akan menimpanya, nescaya berhentinya dia selama empat puluh masa lebih baik untuknya daripada melintas di hadapan orang yang solat.

قَالَ أَبُو النَّضْرِ : لَا أَدْرِي ، أَقَالَ أَرْبَعِينَ يَوْمًا أَوْ شَهْرًا أَوْ سَنَةً .

Perawi bernama Abu an-Nadhr berkata: Aku tidak tahu. Adakah dia menyebutkan empat puluh hari, atau empat puluh bulan, atau empat puluh tahun.
[Sahih al-Bukhari, Kitab as-Solat, hadis no: 488].

4- Tidak memenuhkan saf hadapan, tidak merapatkan saf dan tidak meluruskan saf.

Daripada Anas radiallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

سَوُّوا صُفُوفَكُمْ فَإِنَّ تَسْوِيَةَ الصُّفُوفِ مِنْ إِقَامَةِ الصَّلاَةِ
Luruskan saf-saf kalian. Sesungguhnya saf yang lurus sebahagian daripada mendirikan solat. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, Bab Iqamah al-Saff min Tamami al-Solat, hadis no: 723].

Dalam riwayat Muslim pula:

سَوُّوا صُفُوفَكُمْ فَإِنَّ تَسْوِيَةَ الصَّفِّ مِنْ تَمَامِ الصَّلاَةِ ‏

Luruskan saf kalian. Sesungguhnya saf yang lurus sebahagian daripada kesempurnaan solat. [Sahih Muslim, Kitab as-Solat, Bab Taswiyah as-Sufuf wa Iqamatiha…, hadis no: 433]

رُصُّوا صُفُوفَكُمْ وَقَارِبُوا بَيْنَهَا وَحَاذُوا بِالأَعْنَاقِ فَوَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ إِنِّي لأَرَى الشَّيْطَانَ يَدْخُلُ مِنْ خَلَلِ الصَّفِّ كَأَنَّهَا الْحَذَفُ ‏‏ ‏

Rapatkan saf kalian, dekatkan antaranya, rapatkan antara leher. Demi tuhan yang diri ku di tanganNya, sesungguhnya aku melihat syaitan masuk ke dalam ruang kosong sebagaimana anak kambing hitam. [Sunan Abi Daud, Kitab as-Solat, Bab Taswiyah as-Sufuf, hadis no: 667].

Daripada Anas radiallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

أَتِمُّوا الصَّفَّ الأَوَّلَ ثُمَّ الَّذِي يَلِيهِ وَإِنْ كَانَ نَقْصٌ فَلْيَكُنْ فِي الصَّفِّ الْمُؤَخَّرِ ‏"‏ ‏.‏

Sempurnakan saf yang awal, kemudian yang seterusnya. Jika ada saf yang tidak sempurna (iaitu tidak penuh), hendaklah ia berlaku pada saf yang akhir. [Sunan an-Nasaie, Kitab al-Imamah, Bab As-Saf Al-Muakhar, hadis no: 818].

Solat Jumaat

Comments