Ini Sifir Mudah Untuk Tarik Rezeki Melimpah

"Ustaz, ada tak amalan untuk tarik rezeki? Sale sekarang problem sikitlah", tanya seorang hamba ALLAH yang baharu memulakan perniagaan.

Sang faqir menjawab, "ada, nak ke?"

Hamba ALLAH tersebut dengan wajah penuh ceria dan mengangguk, "Mestilah nak, ustaz. Kejap ye, saya ambil pen dengan buku dalam kereta, kejap ye ustaz."

Sang faqir mengangguk perlahan, "ok, boleh. Silakan."

Hamba ALLAH tadi datang dengan wajah penuh semangat. "Ok ustaz, dah. Apa amalannya ye?"

"Tulis ye, amalannya :

1) Baca Al Quran paling sikit, 5 juz sehari.

2) Istighfar paling kurang 1000 kali sehari

3) Selawat paling kurang 1000 kali sehari

3) Zikir Tahlil paling kurang 1000 kali sehari

4) Solat Sunat Dhuha paling kurang 2 Rakaat sehari.

5) Solat Sunat Tahajjud paling kurang 2 Rakaat sehari

6) Solat Sunat Taubat paling kurang 2 Rakaat sehari

7) Solat Sunat Istikharah paling kurang 2 Rakaat sehari

8) Solat Sunat witir jangan tinggal

9) Wirid Zikir Fatimah (SubhanALLAH33x AlhamduLILLAH 33x ALLAHu Akbar 34x) selepas solat jangan tinggal.

10) Telefon ibubapa terutamanya ibu (jika jauh) setiap hari minta doa dari mereka.

Itulah amalan untuk tarik rezeki. Senang saja kan?", sang faqir menyoal hamba ALLAH tersebut.

Hamba ALLAH tersebut sambil menelan air liur seperti menelan batu besar di tekak, "Senang ustaz, tapi, susah untuk saya, jenuh juga nak buat tu".

Sang faqir memandang hamba ALLAH tersebut dan menjawab, "Apabila saat semua 10 perkara itu jadi mudah untuk Tuan, waktu itulah, mudah untuk Tuan tarik rezeki, malahan tidak perlu tarik, rezeki tersebut yang bergolek-golek datang. Rezeki kesihatan, rezeki harta, rezeki ilmu, paling utama rezeki Kerahmatan dan Keampunan ALLAH, itu sebenar-besar rezeki. Cubalah, walau sedikit dan payah, namun cuba tetap perlu cuba."

"Baiklah ustaz, saya cuba. Terima kasih ustaz, tolong doakan saya", jawab hamba ALLAH tersebut dengan wajah penuh azam.

Mudah untuk menarik rezeki apabila mudah untuk mengabdikan diri kepada ALLAH. Itulah sifir kerezekian.

Rahmat


Ustaz Wan Asrul Al Kalantani

Comments