Tazkirah Iman Dengan Sabar

Barang siapa ingin selamat daripada azab Allah, mendapatkan pahala dan rahmatNya dan masuk ke SyurgaNya, hendaklah dia menahan nafsu daripada segala keinginan dunia disamping sabar atas segala kesulitan dan musibahnya.

Sabar mempunyai banyak macam. Sabar melaksanakan perintah (taat). Sabar meninggalkan larangan-laranganNya dan sabar ketika mendapat bencana.

Barangsiapa bersabar kerana taat, maka pada hari kiamat Allah akan memberikannya darjat di Syurga.

Dan barangsiapa sabar meninggalkan larangan Allah, maka pada hari akhirat Allah akan memberinya darjat.

Begitu jugak orang yang sabar atas bencana dan musibah, Allah akan beri darjat pada akhirat nanti.

"Hitunglah dosa kita, selagi masih dapat  melakukan. Selagi nafas masih dikandung badan.

Menghitung bukan untuk kesombongan dan merasa diri lebih baik dan suci dari orang lain.

Namun, untuk memperbaiki diri terus menerus agar menjadi hamba sentiasa bersyukur.

Dan agar sentiasa dalam rendah diri serta tawaduk agar benar ucapan kita dalam solat.

Bahawa hidupku matiku, hanya untuk Allah dan agar benar dijalan yang lurus".

Sabar


Comments