Bersangka Baik Pada Tempatnya

Nota Editor: Artikel ini diambil daripada channel telegram DrZaharuddin Group

Banyakkanlah bersangka baik pada tempatnya. Sebenarnya masih ada ramai orang baik yang berbuat baik hanya kerana agenda akhirat semata-mata. 

Janganlah dirasakan dunia ini sudah tiada manusia yang ikhlas kerana Allah. Mulakan dengan diri sendiri lalu kita akan mampu mencari orang sepertinya. Selain itu, jalan orang-orang ikhlas berjuang dan mencapai redha Allah swt MUNGKIN sahaja berbeza kaedah dan caranya..

Sebagai contoh ada yang ikhlas berjuang sambil dia hidup serba sederhana, ada yang ikhlas namun kelihatan kaya, ada yang melalui politik kepartian, ada yang melalui NGO, ada yang melalui ceramah, ada melalui penulisan...masing-masing ada cara yang adakala berbeza menurut situasi masing-masing. Justeru, jangan mudah dinafikan keikhlasan orang lain, adalah lebih baik, kita menyemak keikhlasan diri.

#DrZaharuddinAbdRahman

Sumber: Channel Telegram DrZaharuddin Group

Comments