Nota editor: Artikel ini diambil dari channel telegram Al Kahfi
Ia bermaksud kita melakukan satu amal soleh dan berniat agar pahala itu disampaikan kepada si mati.
Isu ini perlu diperincikan kerana ada amalan yang ijma' bermanfaat untuk si mati, dan ada yang masih dikhilafkan.
Akan tetapi saya tertarik dengan kalam Ibnu Taimiyyah ini:
فَالْأَمْرُ الَّذِي كَانَ مَعْرُوفًا بَيْنَ الْمُسْلِمِينَ فِي الْقُرُونِ الْمُفَضَّلَةِ أَنَّهُمْ كَانُوا يَعْبُدُونَ اللَّهَ بِأَنْوَاعِ الْعِبَادَاتِ الْمَشْرُوعَةِ فَرْضِهَا وَنَفْلِهَا مِنْ الصَّلَاةِ وَالصِّيَامِ وَالْقِرَاءَةِ وَالذِّكْرِ وَغَيْرِ ذَلِكَ
Apa yang diketahui daripada umat Islam di kurun yang utama adalah mereka beribadah kepada Allah dengan pelbagai jenis ibadah yang disyariatkan, sama ada ibadah wajib atau sunat daripada solat, puasa, membaca al-Quran, zikir dan selain itu.
وَكَانُوا يَدْعُونَ لِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ كَمَا أَمَرَ اللَّهُ بِذَلِكَ لِأَحْيَائِهِمْ وَأَمْوَاتِهِمْ فِي صَلَاتِهِمْ عَلَى الْجِنَازَةِ وَعِنْدَ زِيَارَةِ الْقُبُورِ وَغَيْرِ ذَلِكَ .
Mereka mendoakan orang-orang beriman sebagaimana yang Allah arahkan. Mereka mendoakan sama ada yang masih hidup atau yang telah mati dalam solat jenazah mereka, ketika menziarahi kubur dan di waktu yang lain.
Dalam muka surat seterusnya, Ibnu Taimiyyah menyimpulkan:
فَلَمْ يَكُنْ مِنْ عَادَةِ السَّلَفِ إذَا صَلَّوْا تَطَوُّعًا وَصَامُوا وَحَجُّوا أَوْ قَرَءُوا الْقُرْآنَ يَهْدُونَ ثَوَابَ ذَلِكَ لِمَوْتَاهُمْ الْمُسْلِمِينَ وَلَا لِخُصُوصِهِمْ
Bukanlah kebiasaan generasi salaf (iaitu generasi awal Islam; iaitu apabila mereka mendirikan solat sunat, berpuasa, mengerjakan haji, atau membaca al-Quran untuk menghadiahkan pahala amalan itu kepada mereka yang telah mati daripada kaum Muslimin atau orang-orang yang khusus.
بَلْ كَانَ عَادَتُهُمْ كَمَا تَقَدَّمَ فَلَا يَنْبَغِي لِلنَّاسِ أَنْ يَعْدِلُوا عَنْ طَرِيقِ السَّلَفِ فَإِنَّهُ أَفْضَلُ وَأَكْمَلُ وَاَللَّهُ أَعْلَمُ .
Bahkan yang menjadi kebiasaan mereka ialah sebagaimana yang telah disebutkan sebelum ini. Tidak wajar manusia berpaling daripada jalan salaf. Sesungguhnya ia adalah jalan yang paling utama dan paling sempurna. [Majmu' al-Fatawa, jilid 24, m/s 322-323].
Sungguh sedih apabila membaca isu solat hadiah. Orang yang membela amalan ini berkata dia tahu itu pendapat yang lemah tetapi tidak salah untuk mengamalkannya :(
Hidup di dunia kita mahu yang terbaik, makan, minum, jawab exam, semua kita buat terbaik. Bila sampai bab ibadah, kita ligan main buat walau pendapat yang kita sendiri tahu lemah.
~ Mohd Masri Mohd Ramli ~
Sumber: Channel Telegram Al Kahfi

Comments
Post a Comment