Janji Wajib Ditepati

Nota Editor: Artikel ini dipetik daripada Channel Telegram Usrah Tarbiah Jiwa




Jangan berjanji bilamana kita memang tiada niat nak tunaikan janji serta bilamana memang diri kita susah nak menepati janji kebiasaannya.

Janji wajib ditepati. Ia bukan benda main-main. Bila kita tak menepati janji, kita bukan sahaja telah menyusahkan orang yang mempercayai janji kita terhadapnya malah kita juga sebenarnya sudah meruntuhkan harga diri sendiri.

Manusia ni dipegang kata-kata dan janjinya. Kalau kata-kata dan janjinya itu tak boleh dipakai, hilanglah banyak kebaikan dari dirinya. Dia memang orang yang teruk. Sebab itu Nabi katakan antara tanda-tanda munafik itu antaranya ialah bila janji tak ditepati, bila cakap pula dia berdusta.

Tak menepati janji ni lebih kurang je dengan menipu cuma bentuknya sahaja berbeza.

Elakkan salah satu darinya sebab bila kamu selalu terbiasa dengan salah satu daripadanya, lambat-laun kamu pasti akan terjebak dalam kedua-dua sifat munafik itu.

Yang penting dan disepakati semua orang, tak menepati janji dan menipu memang menyakitkan hati.

Sumber: Channel Telegram Usrah Tarbiah Jiwa

Comments