Alhamdulillah. Sekarang, ramai anak muda semakin mendekati Islam, dalam masa yang sama ramai yang menjadi pendakwah muda, tak kira sama ada yang wujud dari media sosial, realiti tv, dan sebagainya.
Namun, ramai dalam kalangan kita hanya menilai pendakwah muda dari segi kepetahan berbicara semata-mata. Bagi kita, jika pendakwah muda ini PANDAI BERBICARA, ia sudah mencukupi sehingga kita terlupa untuk menilai perkara lain juga.
Contoh?
Bagaimana dengan ILMUnya?
Adakah dia pernah berguru atau hanya sekadar belajar melalui pembacaan buku semata2, sehingga dia mentafsir atau mengolah sesuatu mengikut kefahaman sendiri sehingga menyebabkan masyarakat salah faham?
Bagaimana dengan IKHTILATnya?
Adakah dia menjaga hubungan bersama lain jantina, atau bebas bergambar bersama lain jantina ketika menghadiri ceramah atau program atas alasan 'dakwah', malah bebas berbalas komen lain jantina di media sosial tanpa ada urusan penting?
Bagaimana dengan AKHLAKnya?
Adakah dia mengamalkan ilmu yang telah disampaikan kepada masyarakat, atau hanya sekadar cakap tak serupa bikin?
Apatah lagi sekiranya pendakwah muda ini popular dan mendapat tempat di hati masyarakat, sehingga seolah-olah segala perkara yang mereka lakukan itu betul.
Ya, ia sememangnya bahaya. Jika masyarakat pandai menilai baik atau buruk, tidak mengapa.
Namun, tidak semuanya begitu. Malah, ada segelintir yang akan menjadikan pendakwah muda ini sebagai idola dan panduan, sehinggakan, "Oh, dia pun bergambar bebas dengan perempuan, maknanya boleh buat la kan." "Hmm, dia pun sokong filem-filem korea, lagu-lagu barat, maknanya boleh la kan."
Akhirnya, masyarakat semakin keliru dan keliru, khususnya ANAK-ANAK MUDA YANG BARU DALAM PROSES BERHIJRAH TETAPI MEREKA SALAH MEMILIH IDOLA.
Sebagai penutup, artikel ini bukan bertujuan untuk mencari salah siapa, melemahkan semangat anak-anak muda untuk menjadi pendakwah, tidak sama sekali!
Tetapi, ia lebih kepada muhasabah diri kepada semua anak muda, untuk sama-sama menasihati dan memperbaiki diri.
Kenapa?
KERANA SETIAP ANAK MUDA ADALAH PENDAKWAH, DAN KITA SEMUA ADA TUGAS UNTUK BERDAKWAH DAN MENYAMPAIKAN ISLAM.
Janganlah tertipu dengan populariti, dengan banyaknya followers atau like.
Janganlah tertipu dengan segala pujian. Jika sudah dikenali sebagai pendakwah muda, ITU BUKAN SYARAT UNTUK KITA SUDAH TIDAK PERLU MENGHADIRI MAJLIS_MAJLIS ILMU, BUKAN SYARAT UNTUK KITA SUDAH TIDAK PERLU HADIR KE SURAU ATAU MASJID.
Wahai anak muda, teruskan merendah diri, teruskan menuntut ilmu, kerana hidup kita ini sangatlah singkat untuk kita persiakan.

Comments
Post a Comment