7 Pintu Kesombongan, Yang Mana Paling Jelek?

"Wahai Guru, apa yang menyebabkan manusia sombong", tanya murid.

"Anakku, ada 7 pintu sebab manusia menjadi sombong", balas Guru.

"Boleh Guru terangkan", pinta murid.

"Pertama, sombong kerana ilmu. Kedua, sombong kerana keturunan. Ketiga, sombong kerana darjat. Keempat sombong kerana Harta. Kelima sombong kerana kecerdikan. Kelima, sombong kerana kecantikan rupa paras. Terakhir, sombong kerana kuat", terang Guru.

"Oh begitu Guru. Mohon doanya Guru agar aku tidak menjadi sombong Guru", Kata Murid.

"Anakku, pada pendapat kamu, dalam 7 kesombongan ini, sombong apa yang paling jelek?", Guru menguji.

"Tidak pasti saya Guru. Mungkin kesombongan harta paling jelek Guru kerna hari ini zaman materialistik", Jawab Murid.

"Anakku, yang paling jelek ialah mereka yang tidak ada TUJUH HAL di atas tetapi masih tetap sombong. Ilmu tidak ada, keturunan biasa-biasa sahaja, pangkat tidak ada, harta pun tidak ada bahkan miskin. kemudian, tidak la kacak dan lemah lagi, tapi sombongnya...Masya Allah",  Terang Guru dengan nada berseloroh.

"Ada ke orang begitu Guru", tanya Murid.

"Ramai anakku", ringkas Guru menjawab.

Sombong

Comments