Dua Jenis Pembaca Al-Quran

Dinukilkan dari Mu’az ibn Jabal - radhiyalLaahu ‘anhu - bahawa beliau menyebutkan,

‎يَقْرَأُ الْقُرْآنَ رَجُلَانِ

Terdapat dua jenis orang yang membaca al-Quran,

‎فَرَجُلٌ لَهُ فِيهِ هَوًى وَنِيَّةٌ يُفَلِّيهِ فَلْيَ الرَّأْسِ

Yang pertama, seseorang yang membacanya, dengan niat menyimpang, mengorek-ngorek keganjilan,

‎يَلْتَمِسُ أَنْ يَجِدَ فِيهِ أَمْرًا يَخْرُجُ بِهِ عَلَى النَّاسِ،

Dia mencari-cari (keganjilan tersebut) untuk mendapatkan darinya (yakni: dari bacaan al-Quran itu) sesuatu yang dia dapat tunjukkan ia kepada semua orang,

‎أُولَئِكَ شِرَارُ أُمَّتِهِمْ، أُولَئِكَ يُعْمِي اللَّهُ عَلَيْهِمْ سُبُلَ الْهُدَى،

Mereka (yang bersikap sebegini) adalah seburuk-buruk (manusia) dari kalangan mereka.

Mereka inilah yang Allah butakan bagi mereka (dari melihat) jalan-jalan petunjuk.

‎وَرَجُلٌ يَقْرَؤُهُ لَيْسَ لَهُ فِيهِ هَوًى وَلَا نِيَّةٌ يُفَلِّيهِ فَلْيَ الرَّأْسِ،

Adapun seorang lagi membacanya (yakni: membaca al-Quran itu) di mana dia tidak mempunyai sebarang niat yang terpesong, apa lagi untuk (sengaja) mencari yang pelik dan berbeza,

‎فَمَا تَبَيَّنَ لَهُ مِنْهُ عَمِلَ بِهِ وَمَا اشْتَبَهَ عَلَيْهِ وَكَلَهُ إِلَى اللَّهِ،

Lalu apa yang jelas difahami baginya dari al-Quran itu, dia segera beramal dengannya,

Adapun apa-apa yang tidak jelas baginya, dia serahkan (kesudahannya) kepada Allah (untuk memberikan kefahaman atau tidak kepadanya).

‎لَيَتَفَقَّهَنَّ أُولَئِكَ فِقْهًا مَا فَقِهَهُ قَوْمٌ قَطُّ،

Sungguh, mereka ini akan mendapatkan kefahaman yang mana ianya tidak pernah difahami oleh mana-mana kaum sekalipun (kerana niat dan usaha mereka).

‎حَتَّى لَوْ أَنَّ أَحَدَهُمْ مَكَثَ عِشْرِينَ سَنَةً

Sehinggalah kalau terdapat salah seorang dari mereka yang kekal (berterusan berusaha membaca dan memahami) selama 20 tahun,

‎فَلَيَبْعَثَنَّ اللَّهُ لَهُ مَنْ يُبَيِّنُ لَهُ الْآيَةَ الَّتِي أَشْكَلَتْ عَلَيْهِ

Kelak, Allah pasti akan menghantarkan kepadanya seseorang yang akan menjelaskan untuknya (kefahaman) tentang ayat yang menimbulkan kesukaran kepadanya (untuk difahami tersebut).

‎أَوْ يُفْهِمَهُ إِيَّاهَا مِنْ قِبَلِ نَفْسِهِ

Ataupun, Allah akan memahamkan beliau dengan sendirinya.

[Tafsir al-Manar]

Al-Quran

Comments